Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Wednesday, 28 March 2012

Tidur Satu Rahmat Allah

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang, untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Qasas : 73)








Tidur didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan yang tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Persoalan berapa jumlah jam tidur sehari tidak ditetapkan peraturan tertentu atau khusus mengenainya. Bagaimanapun, kebanyakan ahli perubatan menyarankan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Jumlah jam yang perlu, bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Ini kerana jumlah tidur bagi kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding orang dewasa. Bagi orang yang bekerja menggunakan akal fikiran memerlukan lebih banyak tidur berbanding mereka yang bekerja menggunakan fizikal. 


Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur. Ini berdasarkan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Menurut pakar ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang baik adalah pada pertengahan waktu malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang kita tidak seharusnya tidur iaitu selepas Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari, dan dari waktu Maghrib ke Isyak. 


Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. 


Antara sedar atau tidak, tidur sebenarnya mempengaruhi metabolisme dan merangsang daya penyerapan. Justeru, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara. Jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat, malah menjadikan tubuh kita lemah. Mereka yang banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kemalasan dan kelalaian. Mengikut hukum juga, tidur yang banyak hukumnya makruh. 


Contoh tidur yang baik adalah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda biasanya masuk tidur tidak terlalu lewat, kemudiannya bangun beberapa minit setelah lewat tengah malam untuk melakukan solat sunat tahajud, dan berehat sementara menunggu fajar menyinsing untuk solat Subuh. 


Satu perkara yang amat sinonim dengan tidur adalah solat Tahajud. Solat Tahajud adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya lewat tengah malam. Solat ini juga dikenali sebagai solat malam. Pendapat ulama mengatakan bahawa solat Tahajud boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang sering menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam. 
  


(Sumber : Majalah IMAN Bil No.1)

No comments:

Post a Comment