Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Wednesday, 28 March 2012

Ketahui Punca Masalah PENGHADAMAN

KEBANYAKKAN masalah kesihatan berpunca daripada apa yang kita makan. Apa yang masuk ke perut anda sudah semestinya melalui usus atau kolon. Apabila usus atau kolon anda tersumbat, anda akan menghadapi masalah penghadaman. Antara punca masalah penghadaman adalah :




1 Stress
   Masalah penghadaman lebih kerap berlaku di kalangan individu yang sering berhadapan dengan tekanan. Apabila menghadapi stress, tubuh akan mengalihkan tenaga, darah, enzim dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan.

2 Antibiotik
   Pengambilan antibiotik yang terlalu banyak boleh membunuh bakteria bersifat 'baik' di dalam sistem penghadaman kita. 

3 Diet Tidak Seimbang
   Pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi tekanan kepada sistem penghadaman anda kerana ia perlu bekerja lebih masa untuk memecahkan atau mengurai makanan tersebut. 


4 Diet Rendah Serat
   Badan kita memerlukan makanan komponen seperti serat untuk   mengeluarkan sisa seperti usus. Kekurangannya boleh mengakibatkan   sembelit.

5 Nitrat
   Nitrat yang didapati dalam ikan bakar dan jeruk pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut. 

6 Merokok dan Alkohol


7 Tabiat Makan
   Makan ketika bimbang, cemas atau kecewa akan mengakibatkan perut kembung serta menyebabkan ketidakhadaman dalam perut. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan-lahan.

8 Ubat Ubatan
   Hampir semua dadah atau ubat dan kimia hanya memudaratkan sistem penghadaman. Ubat anti-radang seperti 'Aspirin' dan 'Acetaminophen' boleh merosakkan dinding perut dan menjejaskan penghadaman serta mengakibatkan jangkitan.


Selamatkah Proses Detoksifikasi...???
Detoksifikasi adalah proses membuang bahan kumuh (toksin dalam badan). Ia berbeza dari individu ke individu bergantung kepada jumlah toksin yang terkandung dalam tubuh. Proses perkumuhan merupakan contoh proses detoks semulajadi. Antara kelebihan detoks ialah ia melambatkan kesan penuaan, meningkatkan kesuburan, mengurangkan jerawat, mengelakkan penyakit seperti buasir, kanser usus, menguatkan tubuh badan imunisasi dan sebagainya. 


Proses detoksifikasi yang berlebihan, terutamanya menggunakan ubat-ubatan tertentu, kurang digalakkan kerana ia membuatkan tubuh berada dalam keadaan lemah. Kesannya mungkin tidak ketara pada peringkat awal, namun lama kelamaan ia akan menyebabkan loya, muntah, cirit-birit dan kelesuan. Adalah lebih baik dengan menjaga pemakanan dan juga minum air putih bagi menggalakkan proses detoks semulajadi.  




(Sumber : Majalah iSihat Keluaran MAC 2012)

No comments:

Post a Comment